Sunday 22 July 2012 | 01:18 | 0 Atasinchi
السلا م عليكم
بسم الله الرحمن الر حيم
Rasanya sudah lama saya meninggalkan laman mengembaraan ini.
Biar pun detik sudah berlalu rupa rupanya sudah terlalu banyak saya melangkah.
Tapi apakah langkah langkah menuju cintanya.?. Allah.. *malu pd-MU ILAHI*
Masa sentiasa bergerak tanpa menghirau mareka yang tidak mempedulikannya.
Hari ini buat peringatan untuk diri saya.Moga coretan ini sentiasa menjadi sahabat yang akn selalu mengingati saya saat terlalai.
Ini teguran dan peringatan dari the real Imam Muda.
Khas buat semua muslimah di luar sana. Juga buat diri saya terutamanya. :')
Adakah muslimah-muslimah zaman sekarang sudah hilang semangat jihadnya?
Sudah hilang kekuatan hati?
Sudah hilang ketabahannya?
Bukan aku nak suruh perempuan-perempuan Islam jadi ganas,
cuma aku terfikir bila terbaca kisah-kisah sahabiah, mereka lemah lembut tapi
sangat kental, hati sekuat besi waja, tak mudah cair dengan lelaki ajnabi *bukan mahram,
tak meleleh-leleh bila cakap pasal cinta, tak tergedik-gedik bila lelaki cuit.
Maka aku pun mengambil langkah untuk jadikan facebook ku sebagai malaikat
maut baga kaum Hawa, untuk mentarbiah hati mereka agar kuat, kental dan tabah!
Kalau hari-hari aku bagi status meleleh-leleh, cinta kerana Allah, lelaki soleh
untUk perempuan solehah, cinta itu fitrah, carilah suami soleh
dan benda-benda leleh yang lain.
"Muslimah yang terhasil nanti macam mana?"
Walaupun (di fb) bertudung, berpurdah, bertudung labuh, ikut usrah, ikut masturat.
Tapi bila cuit sikit, dah tergedik-gedik !
Ngurat sikit, dah sangkut !
Ajak couple sikit, terus setuju !
Lepas tu, putus cinta, meleleh leleh !
Ada masalah sikit, doa nak mati !
Kena marah dengan mak/ayah sikit, buat status cakap tak pernah bahagia !
Exam failed, kata taknak hidup lagi !
Pakwe tak mesej sehari, di status penuh dengan kata-kata rindu !
Pakwe marah sikit, buat status meleleh macam haram !
Fikir secara waras, adakah ini sifat wanita yg ditarbiah oleh
Rasulullah SAW ketika zaman Baginda SAW?
Nama Saidatina Fatimah, Aisyah, Khadijah, Safiyyah, Ummu Salamah,
Ummu Habibah, Sumayyah, Ummu Darda', Masyitah, Balqis,
Maryam dan ramai lagi diagung-agungkan kalian. Tapi apa kalian kenal siapa mereka?
Bagaimana hebat dan kentalnya hati mereka? Ikut sikap dan akhlak mereka?
Memang akal kalian senipis rambut, tapi kalian bukan BODOH...
Aku datang sebagai pengetuk kepala kalian untuk bangun dari tidur,
untuk sedarkan kalian supaya jangan jadi bodoh, jangan jadi hamba lelaki,
jangan jadi hamba cinta haram, jangan jadi perempuan murahan,
jangan kapel free free macam bohsia, jangan dok bermanja dengan
lelaki macam perempuan tiada harga.
Okeh dah habis.Entry ini saya tertarik cOz selalu mengunjungi blOg kak Izzah yang cOmel.
Moga bermanfaat ya.
CeritaHati:Bukan mudah untuk menggapai SOLEHAH.Banyak yang perlu ditarbiyah.Tapi semua itulah adalah usaha kita dalam pencarian menggapai redhO ILAHI.