Photobucket

" Wangian Syurga Dalam Cinta-Mu
About◕ Links◕ Stuff◕ Entries

________________________________________________________________________________________
Monday, 11 June 2012 | 07:58 | 0 Atasinchi
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
Awak tahu kenapa saya tak ralat hilang cinta awak?
                                                     ♥ ♥ Sebab saya masih ada cinta hakiki,iaitu cinta Ilahi..

Awak tahu kenapa saya tak tagih cinta awak?
 
♥ ♥Sebab saya tak mahu merendahkan martabat saya pada penilaian Allah..

Awak tahu kenapa saya masih boleh tersenyum masa awak tinggalkan saya?
♥ ♥  Sebab saya bersyukur kerana Allah sedang melindungi saya..

Awak tahu kenapa saya juga menangis masa awak tinggalkan saya?
♥ ♥  Sebab saya kesal pernah menduakan cinta Allah dengan awak..

Awak tahu kenapa saya tak pernah jemu bicara tentang Allah?
♥ ♥ Sebab saya ingat, saya sayang, saya rindu, dan DIA nombor satu dihati saya..

Awak tahu kenapa saya hanya percaya cinta Allah?
♥ ♥ Sebab saya percaya Allah pasti akan membalas cinta hambaNYA..

Awak tahu kenapa saya dah sukar percaya cinta lelaki?
♥ ♥  Sebab saya tahu tak ada yang lebih baik melainkan cinta Allah..

♥ ♥ Dan kerana itulah CINTA Allah tetap di hati saya..sampai bila2
♥ ♥
..InsyaAllah..
Wallahu'alam

________________________________________________________________________________________
| 03:38 | 0 Atasinchi



Hakikat sebenarnya seorang lelaki yang wanita TAKNAK jadikan suami:


1. Tak berpendidikan tinggi = orang taknak

2. Ada sijil dan ijazah tapi tak ada kerjaya = orang taknak

3. Ada agama tapi tak ada kerja = orang tanak

4. Ada kerja tapi gaji ciput sekadar dapat makan megi je = orang tanak

5. Ada rupa tapi tade kerjaya = orang tanak

6. Tade rupa, tade harta = orang tanak

7. Ada ilmu, tade kerjaya = orang tanak

8. Ada impian tapi tade usaha = orang tanak

9. Ada pakaian segak, tapi tade duit = orang tanak

10. Ada segalanya tapi tade duit = orang tanak

11. Tade duit = orang mmg tanak.

12. Ada cinta, ada kasih, ada sayang tapi tade duit dan kerja = orang tanak..sekadar wat jadi   pakwe main2 tu blehlah..tp utk serius sorry no.. 

13. Ada ayat power, tapi tade duit nak masuk minang pun = orang tanak. Mertua pun tanak.

14. Tade duit nak topup pun nak mesej calon isteri apatah lagi nak beli umah dan kereta = orang tanak.

15. Gagal memberikan jaminan hidup pada bakal pasangan = orang lagi la taknak. Wek..

p/s: kenyataan hidup sebenar di alam realiti. Adik-2,ceq kak-2,kawan-2,abang-2 yang duk syiok kapel or cintan cintun di alam persekolahan atau di ipt2 tu pahamilah ek kenyataan sebenor *mcm ada org terase jer..siape mkn durian bau lah kaw-3 die uh an..hahax*. Yang duk angan2 nk minang awek2 cun..anak dara org, tu pun sama..piker2lah ayat2 di atas.



Aisehhhh !! tuleh tak habeh lagi mcm2 komen.. sabaq la sat ~ aduhaiii... =='

Zaman skrg ni , bukan nak kata apa la kan...
mmg kebanyakkan semua nya kena DUIT !
hatta nk berak sekali pun kena duit . Allah ~
That's why la perempuan msti nak laki yg berduit . Betol tak ??!
I say Yes! mmg tak di nafikan.. ~ ngeeee... (tapi kite bukn MATA DUITAN okeyyy !)
Sbb benda tu PERLU untuk zaman skrg yg kian pesat dan bertmbh maksiat tak kurang juga yg beribadat !
Ianya keperluan untuk hidup. Dan menjalani kehidupan adalah ibadah.
Klu takde duit , nk gi umrah , haji , nikah , zakat , sedekah dan laen2 lgi camner ?

Kalau tak mampu jugak lain cerita lah. Memang rezeki Allah bagi , kita takde hak nak pertikai...
Tapi Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah mereka berusaha untuk merubahnya. wallahu a'lam.

So , kalau nk kaya , nak ada duit , dok saje je ek ?
Takpe , dok saje2 pun Allah hantar duit... kan ? cehhhh ! =='
Allah tak lihat pd hasil kita , tapi lihat pada usaha dan kesungguhan kita dalam bersungguh2 melakukan sesuatu ~
Pandai2 lah piker sendiri , malas ckp banyak dah... right ?
Dia nak bagi rezeki atau tidak , terserah , yg penting kita dah berusaha, berdoa , tawakkal...
Klu dah berusaha tapi tak kaya2 jgk , mungkin Allah dah sediakan yg lebih baik untuk anda . ^__^
bersangka baiklah dengan apa yg Allah beri. Dia tak bagi apa yg kita nak , tapi Dia akan bagi apa yg kita perlu.
Kerana Dia lebih mengetahui keperluan kita...

Orang lelaki sekarang runsing juga bile piker nk nikah nie... Yelah, org perempuan tak pandang laki tak berDUIT kononnya ~ =='
Mahar nya tinggi sgt , takde rumah lagi , belum ada kerja tetap .... dan mcm2 lagi lah...
Syarat nak kwen pun haruslah BERKEMAMPUAN dari segi nafkah zahir batin, ilmu didikan dan sebagainya.
Kalau dah tau tak mampu tu , usaha lah bagi mampu dulu. InsyaAllah , niat lillahi ta'ala.. Allah permudahkan !
Pastu bila org takmau , mula la kata memilih la , mata duitan la... mcm2! =='
Padahal diri sendiri yang buat pasai ~

Tak semua wanita mcm tu okey ? Tolonglah faham... aduhai ~ =='

So , try to 'Husnul Zhon' dengan fitrah wanita yg menginginkan kebahagian dunia akhirat dan juga bimbingan dari imam nya yg SOLEH...
Bila ada nya laki soleh yg mendidik , memimpin dgn baik , baru lah akan ada dan terdidik nya wanita solehah ~ kan ?
Then bila dah sama2 soleh dan solehah ,
zuriat2 pula insyaAllah akan menjadi soleh dan solehah atas didikan org tua yg soleh dan solehah ~ biiznillah ! ~
maka , menjadilah sebuah keluarga yg di redhai dan di berkati olehNya...
Keluarga sakinah.... subhanallah...

~ Apa erti SAKINAH ? Sakinah = Ketenangan dan ketenteraman jiwa...
byk lagi pengertian dalam AlQuran. Belek , baca dan fahami lah kalam Allah itu ~ ^__^


ps-:\\ape-2 pun na dapat yg sOleh tuh .kite kenelah perbaiki diri kita dulu.right?

wallahu a'lam...

*pesanan terakhir ~
Kalau nak murah rezeki , byk duit....
jgn lupe amalkan DUIT okey ~!!!

D = DOA
U = USAHA
I = ISTIQOMAH
T = TAWAKKALTU 'ALALLAH ~


wallahu a'lam... semoga bermanfaat..

sumber : Sepenuhnya dari blOg kak Izzah http://puteriquran92.blogspot.com.. hek5 =='
________________________________________________________________________________________
| 01:20 | 0 Atasinchi

Ciptaan ALLAH yang bernama...
WANITA !!
Malaikat menghadap Allah dan bertanya :
"Ya Allah, mengapa memerlukan waktu untuk menciptakan wanita ini..?"

Allah menjawab :
"Apakah kamu memperhatikan seluruh keistimewaan dan seluruh sifat yang ada pada
ciptaan-Ku ini? Ciptaan ini memiliki lebih dari 200 organ yang selalu
bergerak agar boleh menjalankan semua tugasnya. Ciptaan ini kelak membuatnya mampu
melayani suaminya, menjaga harta keluarga dan menjadi ratu di rumah tinggalnya.
Ciptaan ini kelak mampu membuat segala macam makanan yang dihidangkan erasa enak.
Dia seorang yang kuat kerana mampu mengandung anak dan sanggup melahirkan zuriat
suaminya berkali-kali. Dia mampu memberikan cinta yang bisa menyembuhkan rasa sakit.
Dia boleh melakukan segala sesuatu hanya dengan 2 tangannya.
Tanpanya lelaki tidak besemangat."

Malaikat terkejut dan berkata :
"Hanya dengan 2 tangan… 2 tangan ! Ini adalah hal yang mustahil..."

Allah terus melanjutkan ciptaan-Nya. Lalu kepada malaikat, Allah berfirman :
"Tunggulah sampai besok aku akan menyelesaikan semuanya. Tunggulah sebentar !
Ciptaan ini akan segera selesai. Dia ini akan selalu dekat dengan Aku.
Dia boleh menyembuhkan dirinya saat jatuh sakit.
Dia kuat bekerja sepanjang hari dan malam..."

Malaikat mendekati wanita yang sudah tercipta dan memegangnya,
lalu bertanya kepada Allah :
"Ya Allah, Engkau jadikan wanita ini sangat lembut!"

Allah menjawab :
"Ya, sesungguhnya dia sangat lembut, tetapi Aku jadikan dia sangat kuat.
Kamu tidak mampu menggambarkan sampai dimana kekuatannya,
dia mampu menanggung beban dan menahan diri untuk bersabar."

Malaikat bertanya:
"Apakah dia bisa berpikir?"

Allah menjawab :
"Tidak hanya berpikir, dia pandai mengambil hati dan pandai berbicara,
dia boleh berdialog dan juga berdebat."

Malaikat memegang pipi wanita itu dan merasa asing, kemudian bertanya kepada Allah :
"Ya Allah mengapa pipinya ranum dan berkilau..?"

Allah menjawab :
"Pipi itu bukan semata ranum dan berkilau. Di situ Tersimpan air mata…
dan di situ terletak banyak beban berat."

Malaikat bertanya :
"Kenapa mengalirkan air mata?"

Allah menjawab :
"Air mata adalah satu-satunya cara melepaskan beban.
Mengalirnya air mata adalah cara untuk mengungkapkan kesedihan,
ketidaksenangan, pengaduan, kekecewaan, cinta,
kebencian, kerinduan, kesendirian, kebahagian dan segala
macam rasa yang ada dalam dirinya..."
Begitulah kejadian ALLAH yang terlalu ISTIMEWA yg bernama WANITA..
Hadirnya bukan untuk MELEMAHKAN tetapi dialah KEKUATAN..
Bukan seperti PERMATA berkilau tetapi dialah MUTIARA didasar lautan..
Subhanallah..

''Sebaik baik perhiasan adalah WANITA SOLEHAH''.
p/s : Moga aku yang sedang cuba memperbaiki diri ini juga berjaya mendapat gelaran indah itu..hOhOhO..:'( Ameen..



KECANTIKAN bulan TIDAK akan berubah walau dikaburi AWAN..
Begitu juga KECANTIKAN wanita TETAP kekal walau ditutupi TUDUNG..
malah lebih kelihatan CANTIK, MANIS dan SOPAN..(^__^)v
________________________________________________________________________________________
Sunday, 10 June 2012 | 08:04 | 0 Atasinchi


Ketika kaki tersesat tak tentu arah

Ketika bahu melemah tiada sandaran
Ketika hati perih tiada pengubat



♥ Hasbunallah wanikmal wakil
Cukuplah Allah Menjadi Penolong Kami

♥ La Tahzan Innallaha Ma'ana
Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita

♥ Innallaha ma'asshobirin
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar

~Jangan pernah mengira kita sempurna dalam bersendirian, kerana Allah akan senantiasa ada, menjadi petunjuk, penenang, tempat bersandar, pengubat luka..:~


Begitulah kehidupan ini.kehidupan memang banyak liku nya dan setiap orang pernah merasa keperitannya KAN?.Iyalah..Bukan kehidupan namanya kalau tiada Ujian .Bak kata sahabat saya dekat sekOlah tadi ''Ujian ini mengajarkan erti kematangan''.Saya setuju sangat.Tau kenapa ?..Kerana dalam kita menghadapi ombak ujian Ilahi itu.Dengan sendirinya kita akan berfikir dan disamping itu dapat kita bermuhasabah diri dengan apa yang dah berlaku.

Namun .. terkadang jiwa ini lelah untuk tegar menghadapi semua ujian itu.Biasalah .. dah nama pun manusia.ada masa kita kuat semangat namun ada masa tika nafsu dan syaitan menguasai diri .. saat itulah kita akan menjadi lemah.

❖ Usahlah berlari ke kanan dan ke kiri untuk mengelakkan Ujian yang datang menimpa Diri. Jangan dinafikan segala dan menuduh sesuka hati sekadar untuk melepaskan diri dan rasa. Hakikatnya, Ujian tidak akan selesai selagi ia tidak diselesaikan.. 

"Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan," (Al-Insyirah: 5-6)

Kita mestilah kuat dalam setiap ujian yg harus kita hadapi.Jangan cuba-2 meletakkan kekuatan kita pada org lain.Letakkanlah kekuatan itu dihati kita.Apabila dihati dah ada sumber inspirasinya tersendiri kita akan merasa teguh walau apa pun badai menimpa.Dan yakin lah bahawa setiap ujian yg datang pada kita itu adalah tanda Cinta ALLAH kepada kita.DIA mahu menguji tahap keimanan yang ada pada diri kita.


❖ Ujian dan dugaan yang berkunjung..hadirnya tiada dijemput, tibanya juga tiada diseru. Datangnya ia dgn satu tujuan; agar dirimu dan si Pencipta dapat didekatkan. Sabarlah hati dan penuhilah ia dgn ketabahan ..

"Orang mukmin sama ada lelaki atau perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah S.W.T sama ada dirinya, anaknya atau hartanya sehinggalah dia menghadap Allah S.W.T tanpa dia membawa dosa sedikit pun,"(HR Tirmizi)

Entry kali ini juga saya tuju khas buat diri saya yang sendiri nya masih tidak begitu kuat untuk menghadapi ujian-2 ini.Tapi ''Doa itu adalah senjata Org mukmin''..itulah kekuatan saya sekarang.Mohon mOoga ALLAH berikan kekuatan buat diri ini agar terus teguh tak terjatuh dlm menghadapi ujian NYA.MohOn mOga ALLAH bukakan pintu hati ini agar dapat berada diatas garisan CintaNYA.

  Ameen Ya Rabbi ..
------------------
(Y_Y)
------------------

________________________________________________________________________________________
Friday, 8 June 2012 | 23:15 | 0 Atasinchi

Dear (^_^)
Sesungguhnya bertuahlah anda kerana terbaca surat ni dengan seriusnya.
Fatnin NaiLy
Sesungguhnya anda adalah antara orang-orang yang bertuah kerana masih ada kesedaran untuk berubah berbanding dengan orang-orang yang tak fikir pun untuk berubah. Maksud saya, ubah imannya. Bukan ubah kekayaannya, ubah penampilan dirinya kepada lebih stailo, ubah kekuasaannya kepada lebih berkuasa. Kita tidak mahu semua tu, tetapi berubah yakni menambah amalan pahala sedapat mungkin. Umur makin pendek. 

Saya pun sedari dulu tercari-cari cara bagaimana mahu jadi soleh, bagaimana caranya hendak ubah kepada kehidupan soleh. Namun, di dalam tercari-cari, masa berjalan sudah lebih dari 10 tahun. Tapi apa pun tak diubah lagi. Kerana itu, bila terdetik sahaja rasa nak berubah, mulakan dari saat itu terus. Bukan berfikir-fikir. Memenung-menung, mencongak-congak, mencari-cari caranya dengan terlalu lama.

Iman semua orang bermula dari freshie, sebelum berubah menjadi intermediate, kemudian menjadi profesionalis iman. Profesional handle iman sendiri. Lihat benda baik, support. Lihat benda buruk tegur dan halang, cegah dan sekat, tolak dan hapus. Akhirnya keprofesionalan iman menyekat kemarahan dalam hati, melumpuhkan daya nafsu kepada dunia, memijak-mijak keinginan al-wahan seterusnya profesional dalam memandu hidup ke sisi Ilahi. Cakap memang mudah. Teori memang mudah. Tapi tanpa cakap mudah dan teori, praktikal tidak akan wujud.

Matlamat hidup. Sedari freshie, matlamat asas orang Islam adalah mengenal Allah. Itulah matlamat dari awal sampai akhir. Kita tidak kenal Allah, sebab itulah kita tidak takut. Kita tidak kenal Allah, sebab itulah kita tidak taqwa. Kita tidak kenal Allah, sebab itulah kita seronok berlenggeng tidur berbaring selesa ke kanan ke kiri. Kita hanya tahu Allah itu ada, tetapi kita tidak pernah pedulikan yang kita diperhatikan Allah setiap masa dan ketika. Kita perasan kita hidup bebas dengan matlamat duniawi sendiri. Matlamat nak hidup selesa, matlamat nak beranak-pinak, matlamat nak study tinggi-tinggi, matlamat nak bina rumah mewah, matlamat nak menguasai dan tidak mahu dikuasai. Sebenarnya, bila kita perhatikan itu bukanlah matlamat. Itu hanyalah kehendak dan keperluan. Jika dikatakan keperluan pun saya bimbangi ianya tidak tepat, tetapi lebih kepada kehendak dan nafsu semata-mata.

Petunjuk Allah itu jelas. Cari redha dalam rasa hamba. CariNya dalam rasa hamba. Cari taqwa dalam rasa hamba. Cari takut dalam rasa hamba. Jelas sekali Allah mahu kita tunduk, tunduk mengalah padaNya sebagai hamba.

Wallahu'alam
♠ FUTURE


_______________________________________
◕ AhLan WasahLan◕


♥ بسم الله الرحمن الرحيم ♥ Assalam_o_Alaikum ♥ ♥ Dear Brother & Sisters ♥ ♥ How Are u All ♥ ♥ May Allah bless you and your family ♥ ♥ Remember Me In Your Prayers ♥ ♥ Have a nice and wonderful day ♥ ♥ :)
Replace with your own cute word here.
_______________________________________
◕ Semakin Hampir Menemui-Mu ◕


_______________________________________
◕ Keindahan Nama-Mu ◕


_______________________________________
◕ Hilawatul Qalam ◕

.

_______________________________________
◕ SimfOni Kita ◕





Gratisan Musik
" _______________________________________
◕ SmiLe ◕

➜: Allαh mengujimu kerαnα Allαh menyαyαngimu, mαkα senyumlαh! ツ . “ Apαbilα Allαh mencintαi seorαng hαmbα, mαkα Diα αkαn mengujinyα. Jikα hαmbα itu bersαbαr dαn redhα mαkα Diα αkαn memilihnyα menjαdi kekαsihNyα” (Hαdis Riwαyαt Ibnu Mαjαh) _______________________________________
◕ Merindui Ketenangan Dari-Mu ◕

Ya ALLAH Ya Rabb Ya Tuhanku Hati ini berterusan memohon cahayaMu Terimalah aku, usahlah Kau berpaling dariku Setiap hela nafasku hanya milikMu Rinduilah dan cintailah aku Ya ALLAH Kasihilah dan peliharalah aku selamanya Rahmatilah dan berkatilah aku Ya ALLAH Ridhailah aku untuk selamanya ~ _______________________________________
◕ Mahligai Idaman ◕
<
◕ Look Like L.O.V.E ◕

.♥ Bismillahirrahmanirrahim ♥ Di saat engkau meminta diri ini, lihatlah agama yang ada dalam diriku.. Kerana aku akan mendidik bakal-bakal zuriatmu kelak.. Jangan kau pandang akan kecantikan luaran yang ALLAH anugerahkan ini.. Kecantikan luaran ini ada pada setiap wanita, tetapi aku menjaga dalamanku.. Supaya keredhaan ALLAH selalu bersamaku walaupun aku terluka.. ~Andai engkau bakal menjadi imam pada solat malamku.. Bimbinglah aku menjadi yang terbaik untuk keluarga dan agama.. Andai hilang rasa cinta dan kasihmu terhadap diri ini.. Ingatlah bahawa ini amanah ALLAH terhadapmu.. ♥ _______________________________________
◕ Selangkah Hijrahku ◕

Dahulu, aku kurang baik, Kini aku ingin jadi lebih baik. Semalam, aku penuh berdosa, Hari ini, aku berusaha mencari pahala. Aku yang terbuat salah, maafkan, Orang yang membuat salah, aku maafkan. Bila aku menangis, Engkau selalu ada, Tidak nampak, tapi tetap merasa. Dalam doa ku mohon ampunan, Dalam niat ku ingin perubahan. Putih tidak selalunya putih, Hitam, tidak selamanya hitam. Basuhlah dengan jiwa yang tenang, Pasti ada perubahan. Berubahlah, kita mampu mengubahnya. InsyaAllah, bersamaNya, harum mewangi. =')