Friday, 8 June 2012 | 23:15 | 0 Atasinchi
Dear (^_^)
Sesungguhnya bertuahlah anda kerana terbaca surat ni dengan seriusnya.
Fatnin NaiLy
Sesungguhnya anda adalah antara orang-orang yang bertuah kerana masih ada kesedaran untuk berubah berbanding dengan orang-orang yang tak fikir pun untuk berubah. Maksud saya, ubah imannya. Bukan ubah kekayaannya, ubah penampilan dirinya kepada lebih stailo, ubah kekuasaannya kepada lebih berkuasa. Kita tidak mahu semua tu, tetapi berubah yakni menambah amalan pahala sedapat mungkin. Umur makin pendek.
Saya pun sedari dulu tercari-cari cara bagaimana mahu jadi soleh, bagaimana caranya hendak ubah kepada kehidupan soleh. Namun, di dalam tercari-cari, masa berjalan sudah lebih dari 10 tahun. Tapi apa pun tak diubah lagi. Kerana itu, bila terdetik sahaja rasa nak berubah, mulakan dari saat itu terus. Bukan berfikir-fikir. Memenung-menung, mencongak-congak, mencari-cari caranya dengan terlalu lama.
Iman semua orang bermula dari freshie, sebelum berubah menjadi intermediate, kemudian menjadi profesionalis iman. Profesional handle iman sendiri. Lihat benda baik, support. Lihat benda buruk tegur dan halang, cegah dan sekat, tolak dan hapus. Akhirnya keprofesionalan iman menyekat kemarahan dalam hati, melumpuhkan daya nafsu kepada dunia, memijak-mijak keinginan al-wahan seterusnya profesional dalam memandu hidup ke sisi Ilahi. Cakap memang mudah. Teori memang mudah. Tapi tanpa cakap mudah dan teori, praktikal tidak akan wujud.
Matlamat hidup. Sedari freshie, matlamat asas orang Islam adalah mengenal Allah. Itulah matlamat dari awal sampai akhir. Kita tidak kenal Allah, sebab itulah kita tidak takut. Kita tidak kenal Allah, sebab itulah kita tidak taqwa. Kita tidak kenal Allah, sebab itulah kita seronok berlenggeng tidur berbaring selesa ke kanan ke kiri. Kita hanya tahu Allah itu ada, tetapi kita tidak pernah pedulikan yang kita diperhatikan Allah setiap masa dan ketika. Kita perasan kita hidup bebas dengan matlamat duniawi sendiri. Matlamat nak hidup selesa, matlamat nak beranak-pinak, matlamat nak study tinggi-tinggi, matlamat nak bina rumah mewah, matlamat nak menguasai dan tidak mahu dikuasai. Sebenarnya, bila kita perhatikan itu bukanlah matlamat. Itu hanyalah kehendak dan keperluan. Jika dikatakan keperluan pun saya bimbangi ianya tidak tepat, tetapi lebih kepada kehendak dan nafsu semata-mata.
Petunjuk Allah itu jelas. Cari redha dalam rasa hamba. CariNya dalam rasa hamba. Cari taqwa dalam rasa hamba. Cari takut dalam rasa hamba. Jelas sekali Allah mahu kita tunduk, tunduk mengalah padaNya sebagai hamba.
Wallahu'alam